Sejarah Penubuhan

Gambaran Dari Pintu Masuk Sekolah

Sekolah Kebangsaan Putat terletak di KM 29, Jalan Teluk Tenggiri, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. berkeluasan seluas 9.7 ekar terletak kira - kira 18 KM dari Pekan Jitra.
sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2008 dan siap sepenuhnya untuk diduduki oleh pelajar pada 3 Mac 2010. idea penubuhan sekolah ini dicetuskan oleh masyarakat setempat dengan kerjasama YB Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Siputeh, Jabatan Pendidikan negeri Kedah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Putat merupakan sekolah kebangsaan  yang Ke 43 siap dibina dalam daerah Kubang Pasu (Kod Sekolah KBA 4063). Awal penubuhan sekolah ini, pelajar hanyalah seramai 196 orang yang terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 5, kebanyakan pelajar adalah pecahan pelajar dari SK Padang Perahu dan SK Siputeh, seramai 19 orang guru serta 2 staf sokongan ditugaskan untuk berkhidmat di sekolah ini di mana hanya lima kelas sahaja dibuka, pelajar SK Putat mula menduduki UPSR pada tahun 2011 dengan bilangan 55 orang murid.
En Abu Sufyan Bin khazali merupakan guru besar pertama yang menyandang jawatan sebagai guru besar di SK Putat pada 3 Mac 2010, beliau dibantu oleh 3 orang penolong kanan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, En Ibrahim Bin Omar, Penolong Kanan HEM, Puan Hasnah Osman dan Penolong Kanan Kokurikulum, Tunku Azita Tunku  Shuib. pelajar pertama yang mendaftar sebagai pelajar di sekolah ini adalah Megat Mohd Afham Bin Megat Shahir dan juga menyandang sebagai ketua murid pertama di sekolah ini pada Tahun 2010.
Motto sekolah ini adalah Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan, Bendera dan Lencana Sekolah juga diwujudkan dengan cetusan idea Guru Besar sendiri. Sekolah ini dilengkapi dengan 18 Kelas Pembelajaran, 2 Pra Sekolah, 1 Pejabat, 1 Bilik Guru, 1 Makmal Komputer, 18 Bilik Khas, 1 Surau, Tempat perhimpunan, 1 Dewan Terbuka dan Padang Permainan.
PIBG mula ditubuhkan disekolah ini pada Mac 2010 dan telah dirasmikan oleh En Hussin Bin Osman, Penyelia Kanan Rendah, PPD Kubang Pasu, Yang Dipertua PIBG Pertama adalah Tuan Haji Yusuf Bin Yaakob.