Maklumat SK Putat


Visi SK Putat
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Putat Sebagai Sekolah Yang Bercirikan Sekolah Cemerlang Menjelang Tahun 2015

Misi SK Putat
Melaksanakan Semua Program Pendidikan Secara Cekap Dan Berkesan Untuk Menjadikan Murid Lepasan Sekolah Kebangsaan Putat, Insan Yang Memiliki :
  • Pencapaian Akademik Yang Tertinggi
  • Sahsiah Yang Terpuji
  • Kesihatan Yang Baik


Lencana Sekolah

Maksud Lencana Sekolah

  • Hijau Muda - Melambangkan kedamaian dalam kehidupan iklim persekolahan
  • Kuning - Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Jingga - Melambangkan cita-cita yang tinggi dan berpandangan jauh serta kegigihan dan kecekalan dalam mengharungi cabaran 
  • Bangunan - Membawa maksud pendidikan berterusan sepanjang hayat lambang kejayaan
  • Komputer - Teknologi maklumat sebagai sumber maklumat terkini dan sentiasa mengikut perkembangan teknologi semasa. Masyarakat yang bermaklumat adalah masyarakat yang berilmu
  • Lambang Tangan -  Sekolah dan masyarakat berganding bahu untuk memantapkan sistem pendidikan di Malaysia
  • SKP - Sekolah Kebangsaan Putat
  • KEDAH - Mencapai Kedah Top 5. SKP adalah penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan negeri
  • 5 Bulatan - Melambangkan kepentingan kemajuan sukan dan kokurikulum
  • Sikap Kemahiran Pengetahuan - Motto yang menjadi teras dalam melahirkan pelajar yang berkualiti

Bendera Sekolah


Maksud Bendera Sekolah
  • Hijau Muda - Melambangkan warga sekolah ini sentiasa bergerak ke arah menjayakan diri
  • Kuning  - Ketinggian dan keunggulan ilmu
  • Jingga - Warna sekolah
  • Lencana Sekolah  - Sebagai pendorong dan semangat kepada warga sekolah untuk bersungguh - sungguh menjaga nama baik sekolah dan seterusnya mendapat pencapaian yang cemerlang dalam semua bidang